Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Assalamualaikum semua.
Sepanjang 10 tahun Tahfiz Madinatul Huffaz Fasa Pertama ditubuhkan biarpun berlaku hujan lebat pada setiap tahun, namun air tidak pernah memasuki tahfiz. Termasuk ketika berlaku hujan lebat pada minggu lepas.
Namun takdir Allah hujan yang berlaku pada semalam telah menaiki air memenuhi Surau Fasa Pertama Tahfiz Madinatul Huffaz, lokasi solat dan ibadah quran harian pelajar.
Boleh dikatakan rata-rata kawasan berhampiran Gombak dan sekitarnya pun terkesan dengan teruk sekali.
Buat masa kini kami cuba berjuang untuk menyelamatkan karpet surau yang sedia ada sebab ia baru saja ditukar pada tahun ini. Kami sedang mencari kontraktor pembersih karpet, mengeringkan dan mewangikannya.
Jika plan A ini tidak berjaya dengan maksud karpet sudah tidak relevan lagi digunakan, maka terpaksalah kami gunakan plan B menukarkan dengan karpet yang baru.
Samada plan A atau B, ia memerlukan kos. Kami mengalukan jika tuan-tuan sudi menyertainya kami untuk kita bersama-smaa membuat jariah samada menanggung kos plan A atau B.
In Sya Allah boleh direct whatsapp kepada ustaz. Jazakumullah atas kerjasama Tuan-tuan sekelian. Wassalam.
Mesej mesra dari ustaz Dr Azahar bin Yaakub. Pengerusi MATIS Madinatul Huffaz.
Sumbangan boleh dibuat ke akaun:
5642 2162 9975 (MAYBANK)
Atas Nama: Tahfiz Madinatul Huffaz
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Tuan-puan yang budiman dan beriman.
Kami mengajak semua sahabat yang budiman untuk turut serta dalam Infaq Pembangunan Fasa Ketiga Tahfiz Madinatul Huffaz. Sumbangan anda sangat penting dalam merealisasikan impian kita untuk menyediakan fasiliti yang lebih baik demi masa depan anak-anak tahfiz yang cemerlang.
Projek pembangunan ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran dan penginapan, supaya para pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif. Dengan setiap infaq yang anda berikan, kita bersama-sama membantu menyemai benih-benih ilmu yang bakal menjadi aset berharga kepada umat Islam di masa akan datang.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang memberikan sedekah dengan harta yang baik, Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya dan memeliharanya untuk pemberi sedekah tersebut, sebagaimana kalian memelihara anak unta hingga besar.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Infaq untuk pembangunan tahfiz ini adalah salah satu jalan untuk kita meraih ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
Semoga dengan setiap sumbangan, Allah SWT melipatgandakan rezeki dan keberkatan dalam hidup kita. Marilah kita bersama-sama menjayakan projek ini demi kebaikan ummah. Sudilah tuan-puan menyebarkan peluang ini seluasnya.
Sumbangan boleh dibuat ke akaun:
5642 2162 9975 (MAYBANK)
Atas Nama: Tahfiz Madinatul Huffaz