PENDIDIKAN : AKADEMIK
Pembelajaran Akademik Di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Sistem pembelajaran di MATIS Madinatul Huffaz mengintegrasikan hafazan Al – Qur’an dan silibus akademik bertujuan melahirkan huffaz yang siap menghadapi keperluan dan cabaran dunia semasa.
Kurikulum di MATIS Madinatul Huffaz menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan menawarkan tiga aliran berbeza pada peringkat menengah atas iaitu Aliran Pengajian Islam, Aliran Perakaunan dan Aliran Sains Tulen.
Sistem Pendidikan Akademik Di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Pada peringkat menengah bawah, fokus kepada pembelajaran akademik adalah sebanyak 30%, bagi memberi keutamaan 70% kepada hafazan Al-Quran. Manakala, pada peringkat menengah atas pula, 80% keutaaman diberikan bagi mempersiap murid menghadapi medan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala 20% masa diperuntukan bagi aktiviti murajaah hafazan murid.
Subjek Akademik Yang Diambil Di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) :
Subjek yang diambil
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Sains
5. Matematik
6. Pendidikan Agama Islam
7. Hafazan
Menengah Atas (Fast Track SPM) dapat memilih satu aliran sahaja daripada 3 aliran iaitu :
Subjek Aliran Sains Tulen
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Sejarah
5. Matematik
6. Matematik Tambahan
7. Pendidikan Agama Islam
8. Biologi
9. Fizik
10. Kimia
11. Hafazan
Subjek Aliran Prinsip Perakaunan
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Sejarah
5. Sains
6. Matematik
7. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
8. Pendidikan Syariah Islamiyyah
9. Prinsip Perakaunan
10. Matematik Tambahan (pilihan)
11. Hafazan
Subjek Aliran Pengajian Islam
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab
4. Sejarah
5. Sains
6. Matematik
7. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
8. Pendidikan Syariah Islamiyyah
9. Hafazan
Sistem Peperiksaan Di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Penilaian terhadap pembelajaran murid dilakukan sepanjang tahun. Bagu murid tingkatan 1 hingga 4, mereka dinilai melalui penilaian sumatif sebanyak empat kali iaitu Ujian Penilaian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian Penilaian 2, dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Manakala. Bagi murid tingkatan 5 pula, penilaian yang berlangsung ialah Ujian Penilaian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, dan Peperiksaan Percubaan SPM. Murid akan menduduki SPM sebagaimana ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum menamatkan zaman persekolahan peringkat menengah. Murid-murid yang beroleh pencapaian yang cemerlang akan diraikan dalam majlis-majlis takrim peperiksaan, bagi memberi penghargaan yang meningkatan motivasi murid agar kekal cemerlang.
Analisa Data Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Berikut merupakan carta bar yang menunjukkan bilangan kecermelangan SPM dari tahun 2021 sehingga tahun 2023 :
Program Akademik di MATIS MH
Antara program yang dijalankan oleh Jabatan Akademik dalam menyokong pembelajaran murid di MATIS Madinatul Huffaz