Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz

badan Kepimpinan

badan Kepimpinan matis mh

PENGENALAN BADAN Kepimpinan

Badan Kepimpinan di MATIS MH

Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz mempunyai 5 badan Kepimpinan. Antaranya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Briged Media, Badan Koperasi (COOP), Ketua Kelas dan Ketua Asrama. Berikut 3 badan Kepimpinan penting yang merupakan tulang belakang di sekolah.

majlis perwakilan pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  Madinatul Huffaz memegang peranan yang amat penting sebagai tulang belakang dalam memastikan kelancaran operasi dan aktiviti harian. Skop kerja MPP termasuk merancang dan mengorganisasi acara, menyampaikan aspirasi serta isu pelajar kepada pihak pengurusan, dan memupuk semangat kerjasama serta disiplin dalam kalangan pelajar.

Kredibiliti MPP di tahfiz terletak pada kemahiran kepimpinan mereka, kebolehan berkomunikasi dengan baik, dan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan dan kejayaan pelajar, yang menjadikannya sebagai suara utama dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran dan kehidupan di tahfiz.

Majlis Perwakilan Pelajar terdiri daripada Barisan Majlis Tertinggi (MT MPP) yang mewakili President, Timbalan Presiden 1, Timbalan Presiden 2, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahri Kehormat.

Dibawah MT MPP terdapat 8 Exco yang masing-masing mempunyai peranan dan skop kerja tersendiri. Exco tersebut ialah :-

o Exco Dakwah, Adab dan Tarbiah
o Exco Akademik dan Kerjaya
o Exco Disiplin dan Protokol
o Exco Asrama dan Hal Ehwal Putera/Puteri
o Exco Kebersihan dan Keceriaan
o Exco Kesihatan dan Kebajikan
o Exco Sukan dan Pengurusan Aset
o Exco Multimedia, Publisiti dan Siaraya

majlis perwakilan pelajar

briged media

Briged Media, sebagai salah satu organisasi pelajar di Madinatul Huffaz, mempunyai skop kerja yang meliputi pengurusan dan penyebaran maklumat berkaitan aktiviti dan pencapaian tahfiz
 
Mereka bertanggungjawab untuk merancang, mencipta, dan menyunting kandungan media, serta mempromosikan program-program dan inisiatif institusi dengan cara yang kreatif dan berkesan. Kredibiliti Briged Media terletak pada kemahiran teknikal mereka dalam pengurusan media, kebolehan mereka dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti.
briged
DSC08933
badan koperasi

badan koperasi (cOOP)

Badan Koperasi (COOP) di sekolah Madinatul Huffaz memainkan peranan penting dalam menguruskan dan mengendalikan aktiviti koperasi pelajar, termasuk pengurusan jual beli dan penyediaan keperluan harian.

Kredibiliti badan koperasi terletak pada kemahiran memasak, menguruskan jualan dan menguruskan kewangan.

 

453513567_476538161789535_6277281152517690424_n (1)
PROGRAM HEM

Program Yang Melibatkan Hal Ehwal Murid

Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz mempunyai beberapa program yang melibatkan hal ehwal Murid. Antaranya ialah :

Bulan Kepimpinan

Proses pelantikan barisan kepimpinan pelajar ini melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kemudian diikuti dengan Pengawas Koperasi, Briged Media, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Kem kepimpinan pelajar & bengkel media

Antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan ukhuwah sesama mereka, meningkatkan kemahiran komunikasi dan pengucapan awam juga membina personaliti kepimpinan yang berwibawa dalam Islam.

Selangkah Ke Universiti

Program yang dilaksanakan ini mendatangkan sejuta kemudahan kepada semua murid untuk memilih jurusan yang terbaik dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pilihan selepas ini.

Hari Guru

Program ini bertujuan untuk menyambut sempena hari guru pada setiap tahun.

ceramah kesedaran

Program ini bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar.Program ini juga melatih kesatuan dan kebersamaan pasukan yang kuat dalam perjuangan mencapai kecemerlangan bersama.

Minggu Silaturrahim dan Sambutan Pelajar Baharu

Program ini bertujuan untuk menyambut pelajar baharu serta mengenali satu sama lain